Friday, December 17, 2010

Tempahan Bulan Disember

Lama da xupdate blog ni.. Buzy sangat2 dengan outstation sana sini.. Sebelum outstationa ari tuh ada gak anta order customer.. Tapi rushing.. Xsempat amik gambar.. Sebab rush ke Airport (KLIA) Outstation.. Kali ni dapat special request order daripada my bos... Hehehe.. Memang kelasssss... Unik dan cantik pulak.. Geram je tengok! Tapi ini sumbangan idea daripada my bos.. Coklat Oreo ni sempena hari jadi anaknya Irfan.. Tapi da belated.. Nway selamat menikmati dan menjamu mata!




Coklat Import daripada Turkey.. 'Elvan'
Sumbangan idea daripada My Bos Maam Olie..



Thursday, November 11, 2010

Terima Kasih Untuk Order Bulan November

Terima Kasih kepada kak Zubaidah yang menempah untuk anak2 murid nye dan bagi pihak sekolah di Kuala Selangor.. Semoga dengan coklat  ni adik2 dapat semangat jitu untuk belaja rajin2... Hehehe
391 biji Oreo Coklat ordered by Puan Zubaidah untuk Kelab Kebajikan Staff, Kelab Matematik, Kelab Puteri Islam dan Kelab Bahasa Inggeris..



 Tempahan daripada Zaini Mahkota Cheras untuk adik2nya dikampung 20 biji Oreo Coklat

 100 biji IJN's Staff Order sebelum tampal edible customised dan Bank Islam Ordered
(Repeat Customer)

Tempahan daripada Mai, IJN's Staff 100 biji Oreo Coklat yang telah siap tampal dan pack...
"Edible Customised Tulisan Terim Kasih Drs & Nurses"


Order daripada Siti Bank Islam dan Farha MSC Cyberjaya..



Sunday, October 31, 2010

Testimonial Hazazie


Ni gambar dari Cik Farha MSC untuk gift sempena Konvokesyen bakal adik iparnyer.. Bagi pelanggan2 hazazie yang pernah membeli coklat hazazie bolehlah email gambar bersama homemade chocolate hazazie di nooraazis@ymail.com

Hazazie akan upload gambar anda sebagai penghargaan.. 



Friday, October 8, 2010

Terima Kasih Untuk Order Bulan Oktober


Tempahan daripada Kak Siti IJN untuk hubby's besday


Tempahan daripada Farha Cyberjaya sempena konvokesyen bakal adik iparnyer..


Tempahan daripada Siti Bank Islam dan Farha Cyberjaya..


Tempahan daripada Farha MSC, Cyberjaya



Oreo Chocolate "Terima Kasih" to Customer from Bank Islam- 100 pieces order..


Special Request from my dear Mr Bob for his sis bufday.. 



Tempahan daripada Fara Bank Islam.. Customize Edible


Ni repeat customer from Bank Islam's Staff.. Chocolate loose order (without packaging)


Order dari Bank Islam's Staff untuk oreo coklat (without edible)



Order ni plak daripada Puan Lela untuk suaminya yang tercinta sempena Permanent Awarded.. Buat special untuk dia ada reben.. Salu harga yang ditawarkan memang without packaging cost memandangkan dia pernah berurusan dengan Hazazie Coklat..



Sunday, October 3, 2010

Terima Kasih Untuk Order Bulan September

Inilah koleksi tempahan kepada customer Hazazie.. Terima kasih pada yang sudi beri kepercayaan untuk tempah dengan Hazazie.. Syukran2.. Moga rezeki kalian bersam2 bertambah..










Monday, September 13, 2010

Moist Chocolate Cake

Untuk ape beli kek coklat yang tidak tahu asal usul pembikinan nyer.. Mari cuba yang ini.. Homemade Moist Chocolate Cake. Nikmati hidangan Moist Chocolate Cake yang enak dan dipenuhi kekemasan chocolate rice.. Dijamin Halal dan disediakan oleh Muslimah.. Dijamin keenakannyer.. PASTI!! Percayalah.. Mendapat sambutan hangat sekitar Putrajaya..

Murah!! Sangat Berbaloi Dengan Rasanye Yang Terangkat!! Cubalah..

Size : 7 X 7 (Tebal)
(Free Delivery Putrajaya Area) 


Potongan Kek yang mudah tanpa melekat walaupun coklat moist.. Taburan Chocolate Rice yang kemas dan bersih.. 

Tempahan hanye di tangan anda..
 Dijamin Wang Anda Berbaloi2 Dengan Nikmat Kek Coklat Halal.. 
Tanpa Pengawet dan Alkohol.. Kompom akan ada order lagi daripada anda..



Untuk penambahan tulisan coklat dan biscuit flowers adding RM5



Ketahui lanjut dengan menghubungi 019-2758483 (Hazazie)



Friday, September 3, 2010

Homemade Chocolate

 Kami menerima tempahan untuk Jamuan Hari Jadi, Jamuan Rumah Terbuka, Hantaran, Gift Tetamu, Korporat Gift, Hadiah Untuk Tersayang, Hadiah Hari Jadi..




Coklat yang ni filling Badam


Yang ni kurma celup coklat

KOLEKSI OREO COKLAT





KOLEKSI HANTARAN/GIFT

Harga boleh dirunding bagi tempahan untuk hadiah tetamu perkahwinan.

HARGA TAHUN 2010

Pack biasa Praline Coklat 12 biji (RM10) - Transparent Container

Oreo bersalut coklat 1 biji (RM1.80) with edible

Oreo bersalut coklat 1 biji (RM1.60) without edible (Love design)

Oreo bersalut coklat 1 biji (RM1.50) without edible simple design (Untuk Jamuan/Makan-makan)

Untuk Tempahan Sila Hubungi  013-6403848

Wednesday, September 1, 2010

FAKTA TENTANG COKLAT

Antara kepercayaan karut paling umum ialah coklat menyebabkan jerawat, terutama di kalangan remaja. Ini sama sekali tidak benar. Maklumat sekian lama jelas membuktikan bahawa coklat tidak menyebabkan jerawat. Sebaliknya, amalan pemakanan yang kurang baik, punca utama jerawat, tetapi kita lebih mudah menyalahkan coklat. Perubahan hormon ketika baligh, ditambah pengambilan makanan kurang zinc dan banyak iodin, punca utama. Jerawat biasanya tumbuh apabila seseorang mencapai usia remaja. Pertambahan hormon menyebabkan kelenjar mengeluarkan sebum, yang mengalir ke permukaan kulit secara semula jadi. Jika pengalirannya tersekat, sebum terkumpul lalu membentuk jerawat. Ensiklopedia Dermatologi menjelaskan dengan tepat bahawa pemakanan tiada kena-mengena dalam pengurusan jerawat. Jadi, remaja tidak perlu menahan diri daripada memakan coklat kegemaraan mereka.



Fakta 2: Coklat tidak menggemukkan

Isu sebenarnya, apabila kita makan berlebihan. Perangkaan terbaru dari seluruh dunia menunjukkan, bilangna orang gemuk kian ramai. Makan sederhana, termasuk coklat, diiringi senaman kardiovaskular, adalah rahsia mengekalkan berat nadan sihat. Yang penting, tahap kecergasan, bukan hanya kehilangan berat badan. Doktor dan pakar pemakanan, orang terbaik menasihat mengenai pengurusan berat badan. Bagaimanapun, petua termudah ialah makan secara sederhana. Sebenarnya, tiada sesuatu makanan tertentu yang boleh menggemukkan. Lazimnya, yang menentukan berat badan seseorang ialah jumalh dimakan. Sebagai peringatan, Persatuan Pemakanan Amerika menasihatkan:"…coklat boleh dimakan secara sederhana."

Fakta 3: Penghidap diabetes boleh makan coklat



Dalam tempoh 20 tahun lalu, pelbagai perubahan besar dalam nasihat pemakanan diberikan kepada penghidap diabetes. Persatuan Diabetes Britain, Persatuan Dietitik Amerika dan Persatuan Diabetes Malaysia kini mengakui bahawa pengambilan gula, atau makanan bergula, dalam jumalh terhad sebagai sebahagian diet tinggi serat dan rendah lemak, boleh diterima. Produk khusus untuk pesakit diabetes tidak menawarkan sebarang kelebihan kepada mereka dibandingkan dengan makanan biasa. Justeru, penghidap diabetes boleh menikmati coklat, tetapi secara sederhana, mengikut nasihat pakar pemakanan.



Fakta 4: Coklat tidak sebabkan karies gigi



Apabila anda mengalami sakit gigi yang teruk dan sedang menunggu berjumpa doktor gigi, coklat perkara terakhir bermain dalam fikiran. Namun jangan terburu-buru membuat kesimpulan, fikir dahulu faktanya. Kerosakan gigi disebabkan pelbagai faktor dan hakisan enamel pada gigi adalah proses dinamik. Asid yang terhasil daripada pecahan karbohidrat makanan di dalam mulut menyebabkan hakisan ini. Amalan menjaga kebersihan mulut dan pemflouridan air terbukti dapat mengurangkan karies di sesetengah negara, walaupun pengambilan gula tetap sama atau meningkat. Satu lagi berita baik, tanin pada koko mungkin membantu mencegah karies dengan mengurangkan pertumbuhan plak, manakala asid oksalik dalam coklat dikatakan dapat mengurangkan pengeluaran asid. Kini anda boleh terus makan coklat dan senyum tanpa segan silu. Tetapi jangan lupa berus gigi.



Fakta 5: Coklat tidak sebabkan sakit jantung



Dalam kes sakit jantung, coklat juga sering dipersalahkan. Punca utama peningkatan kes sakit jantung di Malaysia ialah gaya hidup kurang sihat dan kurang cergas. Merokok, kurang bersenam, pemakanan tidak seimbang dan berlemak tepu adalah penyebab sebenarnya. Sebaliknya, coklat mengandungi antioksidan, dikenali sebagai fenol, yang mungkin mampu mengurangkan tahap kepadatan lipoprotein (kolesterol LDL). Hasil kajian terkini menunjukkan bahawa asid stearik pada mentega koko atau lemak dalam coklat tidak memberi kesan kepada kolesterol darah. Untuk menjaga kesihatan, kita patut mengamalkan pengambilan makanan mengandungi banyak serat dan karbohidrat kompleks, tetapi kurang lemak dan gula. Kita juga perlu sentiasa bersenam. Pengambilan sedikit coklat sebagai sebahagian diet seimbang tidak akan menimbulkan masalah kepada jantung.



Fakta 6: Coklat kuatkan tenaga batin?



Walaupun belum ada makanan terbukti dapat meningkatkan tenaga batin, coklat berupaya mencetuskan reaksi positif kepada tindakan kimia otak dan diketahui dapat memperbaiki mood seseorang. Aroma, rasa dan kelazatan coklat memberi nikmat sukar digambarkan. Nikmat dirasai apabila makan coklat disebabkan pengeluaran pelali semula jadi yang diketahui dapat mengurangkan kesakitan dan meningkatkan mood serta nikmat dirasai. Hakikatnya, jumlah pelali itu tidak mencukupi untuk menghasilkan kesan sedemikian. Sebaliknya besar kemungkinan gabungan rasa, kandungan khasiat dan ramuan psikoaktif coklat yang menjadi penyebab. Glenn Cardwell merumuskan: "Makan coklat antara nikmat sebenar kehidupan." Ini bermakna, coklat hadiah yang sempurna. Tidak dinafikan, kesihatan menjadi keutamaan hampir semua orang. Jika dimakan secara sederhana, walaupun setiap hari, coklat tidak memudaratkan. Jadi, janganlah bimbang hendak menikmati coklat, kerana ia antara anugerah kehidupan paling enak.